Tuesday, 12 March 2013

maksud hukum karma


Assalamualaikum..
Hukum Karma
"apakah itu hukum karma?"
Hukum Karma adalah falsafah di dalam agama Hindu dan Buddha, Ia bermaksud Pembalasan. Idea disebalik hukum karma itu adalah..

" Manusia yang buat baik akan menerima pembalasan baik, manusia yang melakukan kejahatan akan dibalas dengan kejahatan, samada dibalas secara terus atau secara kelahiran semula iaitu reincarnation"

Jika seorang manusia buat jahat seperti merompak, mencuri, memukul orang, kurang ajar kepada mak bapak, maka ia akan dibalas dengan kejahatan contohnya eksiden jatuh gaung, tempang kaki, jadi buta dan bisu.

Jika tidak dibalas secara tunai, apabila mereka mati, mereka akan dilahirkan semula menjadi makhluk yang lebih hina contohnya seperti anjing kurap, lipas, babi atau apa saja binatang yang hina. Mungkin juga mereka akan dilahirkan semula sebagai manusia yang tidak cukup sifat, tempang, buta dan pekak .

Bagi penganut agama Hindu dan Buddha yang berjaya ingin melepaskan diri dari pusingan kelahiran/sumpahan ini mereka perlu mencapai peringkat Mokhsa dan roh mereka akan bersatu dengan Tuhan. Peringkat ini dalam agama Buddha dinamakan Nirvana/Nirwana.





*****************



Konsep/Terma Karma ini telah banyak meresap dalam budaya orang Nusantara kerana asimilasi budaya dari zaman awal tamadun Melayu yang dipengaruhi oleh Agama Hindu, Pewayangan jawa, lirik lagu dan puisi.

Berbeza dengan konsep pembalasan dalam Islam, Agama kita tidak ada konsep kelahiran semula sebagai manusia yg lebih hina, bersatu dengan zat Tuhan, atau kelahiran semula menjadi haiwan.

Bukan semua orang yang jahat, zalim, perompak, pembuat dosa akan dapat hukum karma mereka di dunia, Ramai orang yang jahil yang kaya melalui hasil haram macam tokey judi, riba', samun, tokey pelacur, samseng semua mati secara kaya dan bahagia. Anak bini mereka juga terus hidup dalam kekayaan dan kemakmuran yang ditinggalkan.

Tetapi dosa dan azab mereka akan dibalas Tuhan di dalam azab kubur, seksaan di padang mashar, dosa pahala akan ditimbang di neraca akhirat. Jika pahala mereka banyak maka mereka akan masuk ke dalam Syurga, Jika dosa lebih banyak mereka akan diazab di dalam neraka.

Dengan hujah ini saja, kita sudah nampak bahawa Agama Islam tidak pernah endorse idea hukum karma dalam konsep pembalasan.


Konsep utama agama hindu (rukun) Dharma,Samsara, KARMA, Moksha.. sengaja aku capslockkan Karma itu untuk  highlightkan kaitan kuat Karma dengan agama Hindu.


******************************

Hukum Karma yang kami sebut itu hanya perkataan sahaja untuk menerangkan proses buat baik dibalas baik dan buat jahat dibalas jahat, takkan itu pun tak boleh nak guna?"

Ada perkara dalam agama yang mana idea dan sebutan yang khusus dalam agama lain kita tak boleh nak asimilasikan, kerana Rasulullah saw banyak kali berpesan supaya kita tidak mengikuti budaya agama lain demi menjaga ketulenan agama Islam.

" Tapi dalam islam ada konsep Kifarah, iaitu balasan kesengsaraan kepada kita jika kita membuat dosa, bagaimana pula itu?"

Kifarah adalah hukuman yang diberikan Allah sebagai balasan dan ia akan menghapuskan dosa jika kita dapat bersabar dengan dugaan tersebut. Tapi tetap dalam Kifarah itu tiadanya idea kelahiran semula dan kewajipan org yang berbuat dosa akan mengalaminya semasa hidupnya. wallahualam.

Saidatina Aishah r.a meriwayatkan Rasulullah saw pernah bersabda "Tidak menimpa ke atas seorang mukmin satu kecelakaan, biarpun duri,ataupun lebih daripada itu, melainkan Allah akan menggugurkan dengannya satu dosa" (Maksud hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslirn)

*************************


Maka kita sebagai umat islam adalah dituntut untuk tidak menggunakan Karma sebagai konsep pembalasan, atau sebagai Idea, atau sebagai penggunaan perkataan kerana Karma itu sendiri adalah terma/konsep khusus di dalam agama Buddha, Hindu dan Jainism.

Cukuplah kita sebagai Umat Islam yakin dengan akidah yang tidak berbelah bagi bahawa ; Jika kita melakukan dosa maka kita akan diseksa dengan Kifarah, Azab Kubur, Seksaan di Padang Mashar, dan Pembalasan mutlak di Syurga dan Neraka.


Adapun konsep Karma itu sangat berbeza dan jauh terpesong dari pemahaman kita sebagai umat islam wahima ia digunakan sebagai kata puitis, kata pseudo-intelektual, seni lirik lagu dan penyedap ayat dalam pidato.

Takpelah, nak jadi Urban dan nampak Intelektual sekalipun kita masih boleh guna banyak lagi konsep dan terma lain selain Karma, tak nampak hipster pun sebut karma banyak kali. Bagi aku sendiri, karma itu sendiri telah menjadi terlalu klise dan mainstream.

*******tamat*******



p/s perkataan syurga, neraka, rasaksa juga adalah pinjaman perkataan dari bahasa sanskrit. Namun ia hanya penyesuaian perkataan yg digunakan Masyarakat melayu yang faham syurga neraka itu adalah Jannah dan Jahanam dalam Islam. Ia tidak difahami dengan konsep dalam agama hindu pun.

p/s Berapa ramai yang tak pernah tau pun Syurga/sorga, Naraka itu dari bahasa sanskrit,sebaliknya mmg dah faham ia sebagai bahasa Melayu.

p/s Karma boleh didapati penggunaannya secara popular dalam Lagu Hukum Karma (wings), Karma (Faizal Tahir, dan luas penggunaannya dalam puisi dan sajak.

p/s Dulu aku suka lagu Karma Police dari Radiohead.



Sila ke laman web Arcx13 untuk penulisan beliau tentang Karma. Rukun Iman Kelapan Hukum Karma